Monday, 28 November 2011

Apa itu manik??



Manik bermaksud butiran kecil yang bertujuan untuk menarik perhatian ataupun sebagai perhiasan diri dan juga rumah.manik  boleh didapati dalam pelbagai bentuk, warna,size dan juga jenis manik.
Pelbagai jenis dan bentuk perhiasan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan manik. Bahan yang digunakan untuk membuat manic pulak  biasanya dihasilkan daripada kayu, plastic,kaca,besi dan juga batu.
jenis-jenis manik yang sesuai digunakan untuk hiasan rumah Lazimnya,mengunakan  manik-manik yang berkilat, berkilau atau telus cahaya biasanya akan membuat gubahan tampak lebih esklusif contohnya dalam pembuatan pasu bunga,sarung kotak tisu dan juga beg tangan. Namun demikian, tidak salah jika menggunakan hiasan seperti pasu bunga dari jenis manik biasa. 

Manakala untuk perhiasan diri pula kebiasanya golongan remaja mengunakan perhiasan manik dalam rantai leher,gelang tangan mahupun untuk assesori baju.

penggunaan manik di sabah amat popular  sejak berzaman lamanya. Bahkan telah menjadi satu tradisi yang unik bagi masyarakat etnik sabah terutamanya etnik kadazandusun mahupun etnik bajau. Namun demikian, pernggunaan manik sebagai perhiasan kini tidak tertumpu kepada masyarakat Sabah sahaja tetapi telah  menular di segenap negeri dalam Malaysia. Ianya telah menjadi satu “Trend” yang mampu memikat hati remaja mahupun masyarakat dewasa. Bukan sahaja sebagai perhiasan diri malahan manik juga dapat dijadikan sebagai perhiasan rumah. 

Di najwahandscraft@borneo,kami  cuba  menampilkan beberapa contoh  kraft tangan pasu bunga yang di hasilkan dengan menggunakan manik.

 kami juga menerima tempahan membuat pasu bunga,sarung kotak tisu,gelang manic  dan juga beg tangan untuk apa jua majlis keraian anda. Tempahan sentiasa di buka dan harga yang di tawarkan amatlah berpatutan.. Anda juga boleh menempah mengikut warna, saiz dan juga manik yang anda ingini..

Tempahan boleh di buat di laman blogspot kami najwahandscraft@borneo.blogspot.com, anda juga boleh menghantar email terus kepada kami di atau hubungi  kami di 0128642319/0128244773 untuk sebarang tempahan..

No comments:

Post a Comment